Asma ul Husna

Friday, 7 September 2012

KURSUS VLE

Kursus Virtual Learning dibawah projek 1 bestari.
SK Tanah Putih Baru.
6.9.2012 - 8.9.2012

Wednesday, 20 May 2009

Rumahku Syurgaku

Salam....

Harapan dan impianku, walaupun tidak pernah aku ceritakan kepada isteriku tentang keinginanku untuk mendirikan sebuah rumah sebelum usiaku mencecah 35 tahun akhirnya menjadi kenyataan. Aku selalu terfikir, salah satu keperluan asas yang aku perlu sediakan untuk anak dan isteriku ialah tempat berlindung daripada terik matahari dan basah hujan, adalah sebuah rumah yang tentunya dari hasil usaha aku. . Walaupun isteriku ada 'top up' sikit budget, namun akhirnya impian aku tercapai jua. Sebelum ini kami hanya menyewa rumah orang dan berbelanja hampir RM300 sebulan untuk membayar sewa. Kalau dikira rasanya dah puluh-puluh ribu dah habis. Itulah bendanya kalau difikirkan lebih baik aku buat rumah daripada dok menyewa aje. Nak jimat tak jugak tapi hati aku dah rasa lega sedikit tak payah fikir pasal rumah lagi dah. Hasilnya inilah rumah kami...

Aku juga bercadang nak bagi nama yang sesuai kat rumah ni dengan harapan ianya akan jadi doa untuk kesejahteraan ahli dalam rumah ini. Setakat ini belum terlintas lagi nama yang sesuai. Kat sekolah aku, ada sorang cikgu mintak aku bagi nama kat rumah baru dia. Aku bagilah nama "Villa Jannatul Ma'wa", salah satu daripada nama-nama syurga. So, dia setuju, tapi bila tiba rumah aku pulak, aku jadi blur. Tak tau nak bagi nama apa... 
Banyak lagi benda-benda yang aku tak buat lagi pada rumah ni, terutama sekali Grill, pagar, taman dan banyak lagi. Nak buat macam mana budget belum mengizinkan... Duit KWSP tak boleh wat kuar lagi, Tabung Haji ? Tak nak usik. Peraduan Readers Digest ? Hai boleh menang ke? (kepada SHHS dan UMMI ABQARI jangan gelak ok). 
Ok setakat yang termampu.... Jumpa lagi... Al-Faqir Ilallah... Anak sepat

Thursday, 23 April 2009

Pagi-pagi lagi dah jam...


Setiap pagi aku akan lalu jalan yang sama untuk hantar wife aku. jalan yang aku lalu ni payah sikit nak jam kecuali pada waktu-waktu tertentu sahaja. Entah macam mana pagi tadi tak semena-mena jalan yang aku lalui itu jam. Boring betul. Aku ingatkan accident atau apa ke. rupa-rupanya ada satu program yang dianjurkan oleh www.jelajah.com.my (aku agak je pasal aku tengok pada hilux diorang petang tadi). nama ni aku tak pernah dengar pun. ntah datang dari planet mana tak tau la aku. kenapa tak maklumkan dalam media massa jalan akan ditutup?. Perbuatan yang tak bertanggungjawab ini menyusahkan ramai orang. Setiap orang yang aku jumpa akan cerita benda yang sama. telinga aku kadang-kadang jadi panas macam piring astro. sakit hati tu ada juga. mau tidaknya, mengapa tak bagitau dulu??? boleh kita lalu jalan alternatif yang lain. 

Aku rasa la 80 % penduduk kuantan ni ada yang tak puas hati. yang maki hamun tu mungkin banyak juga. Apa-apapun kepada pihak penganjur buat assignment betul-betul sebelum mulakan program. tak baik menyusahkan orang. Program korang bukannya mula pagi-pagi buta punnn. Fikirlah...Ibubapa nak hantar anak ke sekolah.... lambat... anak kena marah oleh guru... Orang bekerja... lambat punch card... bos pandang lain macam je. Orang nak pegi pasar...mmmmm...rasanya diorang tak pegi lagi masa ni...mungkin lewat sikit takpe. Hidup kita ni ada perkiraan. Hubungan sesama manusia pun kena jaga juga.

Ok ya lain kali fikir dulu.... jangan dah buang baru fikir...

Salam 

Monday, 20 April 2009

Andai dapat ku undurkan putaran dunia....

Salam...

Aku ni bukanlah seorang yang suka sangat menulis. aku lebih suka berfikir sambil memerhatikan gelagat makhluk Allah di muka bumi ini. tak kiralah sama ada ayam ... kambing ... itik ... burung ... semut ... ikan... Bagi aku semua makhluk ni walaupun Allah tidak kurniakan akal, tetapi setiap pergerakan haiwan-haiwan ini seolah-olah telah di'set' kan oleh Allah. hidup mereka hanya untuk makan dan mengikut kehendak naluri mereka sahaja. Berbeza dengan manusia, ada akal, tetapi malangnya akal tidak dimanfaatkan. Hidup hanya untuk seronok, abai keselamatan diri dan orang lain. Kepercayaan 'Muda hanya sekali, dah tua baru taubat' sepatutnya dah tak boleh pakai. Ini sebenarnya falsafah hedonisme yang telah dijaja oleh pihak yahudi. falsafah ini telah meresapi pemikiran anak-anak muda sekarang. Sebab itulah mereka terlibat dengan gejala seperti dadah, sek bebas, minum arak dan sebagainya. Muda-mudi Islam sekarang sebahagiannya mengalami 'Krisis Identiti'. 
Sebenarnya bukan perkara ini yang aku nak ceritakan tetapi sebenarnya aku tak berapa puas hati dengan perangai mat-mat rempit yang suka buat kacau jalan kat kampung aku. Rata-rata mereka muda belia, masih bersekolah. Mula-mula 'conget' motor lepas tu lumba. Nak bagi macho sikit bawak awek kat belakang. Lepas tu mulalah cari 'port' pergi merendet dengan awek. Hampeh betul! Mana pergi mak ayah diorang ni. Tak bagi nasihat ke kat budak-budak tak senonoh ni. 
Ini plak bab couple yang berkhalwat. Satu ketika pernah juga aku kacau budak-budak yang suka berkhalwat ni. bukan wat ape cuma pada hari tu aku baru balik dari rumah orang buat kenduri tahlil. Lebih kurang pukul 3.00 petang. Aku ngan kawan aku pegi ricky satu tempat yang selalu jadi port budak couple tak senonoh. Masa tu aku pakai kopiah ngan kain pelikat serta berbaju melayu. Sampai je kat tempat tu... couple tu ternampak aku ngan kawan aku tu.. apa lagi cepat-cepat bangun couple tu. start motor .... terus blah. Pastu jalan depan kita dengan muka tertunduk malu. Budak perempuan tu pulak pandang kat lain. Mujur masa tu aku dapat mencegah satu mukaddimah zina. mereka baru peluk-peluk. Kalau tunggu lama sikit... tak taulah apa yang akan berlaku. Ini cerita 10 tahun dulu. 
Tetapi sekarang budak-budak ni tak makan nasihat. bagi nasihat je jawapan yang diberikan amat kurang ajar. Siap cabar lagi tu... Hello bro! ini kampung aku laa... cakap boleh sebarang cakap...makan boleh sebarang makan...Orang bagi nasihat tu dengarlah... Hati kamu tu jangan keras macam batu.. Pada engkau wat maksiat tu lebih baik kahwin. Perkara yang haram dah jadi halal. Kalau tak dapat tahan nafsu Nabi kata: Berpuasalah kerana ia adalah perisai. 
15 tahun dulu payah nak jumpa benda-benda 'lagha' ni kat kampung aku. Aku suka hidup dengan keadaan seperti dulu. Budak-budak pandai hormat pada orang tua, anak engkau macam anak aku, kerjasama ahli qaryah, orang buat maksiat sama-sama tegah. Tengok benda yang menyakitkan mata, terus ambil tindakan. Kalau ada sikap macam ni, barulah aman kampung. Orang luar nak buat kacau pun tak berani. Cubit peha kanan peha kiri pun terasa sakit. Kalau berlaku maksiat didepan mata tetapi kita tidak berusaha untuk mencegahnya, maka tunggulah saat dan ketikanya...tatkala Allah turunkan bala'... Na'uzubillahi min zalik.
Akhir Sekali Aku Memohon kepada Allah agar memberi perlindungan kepada diri aku dan keluarga aku serta seluruh warga kampungku dari segala mara bahaya, bala' dan peliharakanlah kami, serta tetapkanlah iman kami pada agamaMu. Berilah petunjuk dan hidayahMu kepada mereka yang memerlukan petunjuk... Amin ya Allah

Premier League

Gamez